DNeX Peroleh Keuntungan Setelah Ikat Kontrak Bernilai RM1.7 Bilion

304

Harga saham Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dilihat mempamerkan lonjakan sebanyak 3% pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Hal itu dipacu setelah anak syarikat Dagang NeXchange iaitu SilTerra Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan perjanjian pembekalan dan pembelian wafer bernilai $400 juta (RM1.7 bilion) dengan ChipOne Technology (Beijing) Co Ltd.

Pada 11.21 pagi, saham DNeX telah meningkat sebanyak dua sen atau 3% kepada 77.5 sen dengan kira-kira 55 juta saham diniagakan setakat ini.

Ketika mencapai paras 76 sen, kumpulan itu memperoleh nilai pasaran sebanyak RM2.33 bilion melalui saham yang diterbitkan sekitar 3.06 bilion unit.

Harga sahamnya telah mencatat kenaikan ke tahap semasa daripada harga sewaktu ditutup pada 4 Januari 2021 pada paras 22 sen.

DNeX menyatakan bahawa di bawah perjanjian itu, SilTerra akan membekalkan wafer yang digunakan dalam pengeluaran peranti semikonduktor kepada ChipOne.

Susulan itu, ia juga akan mengurangkan sebarang perubahan dalam pesanan pelanggan dan memastikan SilTerra mempunyai penggunaan kilang yang wajar dan kecekapan dalam pengoperasian.

Syarikat itu berharap agar perjanjian tersebut dapat memperoleh keuntungan yang lumayan dan memberi kesan positif kepada pendapatan jangka panjang SilTerra.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat