DOGE Coin 2.0 – Bukan Lagi Sekadar Coin Meme!

1,368

Dilancarkan pada 2013, Dogecoin (DOGE) terkenal dengan logonya yang diinspirasikan oleh anjing baka Jepun, shiba inu. DOGE sebenarnya bermula sebagai matawang kripto yang sarkastik kerana pada masa itu sektor kripto begitu popular. Ada juga sumber yang mengatakan Dogecoin merupakan parodi Bitcoin.

Walaupun ia dianggap sebagai parodi atau meme, Dogecoin telah mula mendapat perhatian industri luar dan kini ia mula diguna pakai dalam dunia sebenar. CovCare yang meupakan pembekal perubatan PPE kit terkemuka menjadi pembekal perubatan pertama yang menerima Dogecoin sebagai pembayaran.

Pengumuman itu dibuat ada hari Rabu hanya beberapa hari selepas syarikat itu menghantar 100,000 PPE Kits. Yang menariknya, pada tahun 2015, ketika Bitcoin belum lagi dikenali ramai, syarikat tersebut telah mula menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran.

Pada tahun 2021, Dogecoin telah berjaya mendapat perhatian massa kerana lonjakan besar harga kepada paras tertinggi sepanjang masa pada $0.08. Sama seperti GameStop, harga Dogecoin juga meroket setelah perkhidmatan perdagangan menghentikan perdagangannya bersama dengan GME dan AMC.

Dogecoin menjadi tambah menarik apabila Elon Musk turut ikut serta melabur dalam kripto ini. Beliau menyifatkan bahawa ia adalah coin rakyat. Populariti Dogecoin baru-baru ini menjadikannya bernilai berbilion-bilion kerana perniagaan di dunia nyata telah mula menerimanya sebagai bentuk pembayaran.

Walaupun harganya telah menurun ke paras $ 0,05,namun dengan penerimaan untuk digunakan dalam dunia nyata membuktikan bahawa Dogecoin bukan sahaja sekadar meme.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat