Dogecoin (DOGE) Catat Rekod Terbaik Bagi Suku Kedua 2021, Diikuti Ethereum Classic (ETC), Polygon (MATIC)

994

Laporan CoinMetrics yang terbaru mendedahkan matawang kripto Dogecoin (DOGE) menunjukkan prestasi paling terbaik bagi suku kedua 2021 dengan peningkatan 392%.

Pada masa yang sama, jumlah wallet yang memiliki sekurang-kurangnya 1 DOGE telah meningkat daripada 3.09 juta (1 April) kepada 3.7 juta (30 Jun).

Pun begitu, DOGE berhadapan dengan penyusutan 66% daripada rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.74 pada 8 Mei.

Manakala bagi Ethereum Classic (ETC) berada di kedudukan kedua selepas DOGE dengan lonjakan 297% dan Polygon (MATIC) sebanyak 227%.

Pergerakan positif tersebut berlaku ketika Bitcoin (BTC) menyusut hampir 39%.

Sementara itu, salah satu perkembangan kripto terbaik bagi tempoh yang sama dapat dilihat pada harga Ethereum (ETH) yang meningkat daripada $1,971 pada 1 April kepada rekod tertinggi terbaru, $4,362 pada 11 Mei.

Bagaimanapun, ekoran daripada penjualan aset di seluruh pasaran kripto menyebabkan penutupan suku tahunan aset itu pada nilai $2,240, menjadikan peningkatan kumulatif sebanyak 13.2%.

Peningkatan harga Ether didorong oleh lonjakan minat runcit terhadap sektor NFT. Ini juga membuktikan jumlah alamat wallet yang memiliki sekurang-kurangnya 0.1 ETH telah meningkat daripada 4.58 juta kepada lebih 5.20 juta.

Keuntungan yang dicatatkan altcoins, menyebabkan status dominasi BTC susut 45% pada 30 Jun, rekod terendah sejak Julai 2018. Sedia maklum, antara faktor yang menyumbang kepada kejatuhan ini adalah disebabkan China tidak mahu berkompromi lagi dengan sektor kripto.

Ketika penulisan, aset-aset ini mencatatkan nilai semasa:

  • BTC: $32,837 (+1.34%)
  • ETH: $2,008 (+5.35%)
  • DOGE: $0.19 (+2.95%)
  • MATIC: $0.93 (+1.53%)
  • ETC: $45.76 (+3.17%)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat