Dogecoin Nyawa-Nyawa Ikan?

1,327

Dogecoin tidak sempat menyalak lebih kuat lagi apabila harga Doge terus menjunam melebihi 50% pada dagangan Rabu semalam. Dapat dilihat penurunan harga pada carta DOGE/USDT telah melepasi paras SBR (support become resistance) sekitar $0.35-$0.45.

Dogecoin terus merosot ke paras terendah mencecah $0.20 setelah membuat pergerakan agresif pada permulaan awal Januari menyaksikan harga melonjak melebihi 16,000% dalam masa hanya 5 bulan!

Jangkaan seterusnya berkemungkinan Dogecoin bakal menguji zon RBS (resistance become support) sekitar harga $0.20 semula sebelum jangkaan untuk menyambung kenaikan yang lebih tinggi.

Namun sebaliknya jika penurunan harga terus bersambung, paras harga $0.10 bakal diuji terlebih dahulu sebagai penentu sama ada harga bakal meroket lebih tinggi atau bakal membuat junaman ke paras yang lebih rendah.

Jika harga terus membuat penurunan yang lebih rendah, paras harga $0.05 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji. Paras harga tersebut merupakan paras harga yang sukar untuk ditembusi sebelum ini pada dagangan Januari dan Mac, sebelum membuat lonjakan yang mengganas sehingga ke paras harga menghampiri $0.80 pada pembukaan pasaran April dan Mei.

Semalam, CEO Tesla Elon Musk juga ada membuat posting terbaru dalam InstaStory @elonofficiall beliau dengan bertanyakan “Teka kegemaran saya” sama ada Doge atau Bitcoin?

Timbul ketidakpastian dalam pasaran kripto sama ada posting tersebut akan memberi kesan dan impak terhadap pergerakan harga semasa Dogecoin.

Lihat gambar carta matawang kripto DOGE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat