Dolar Aussie Lesu Meskipun Data Jualan Runcit Kuat

165

Dolar Aussie menjadi tumpuan sesi Asia susulan penerbitan data jualan runcit pada bulan April yang memaparkan bacaan lebih kuat dari dijangkakan.

Jualan runcit Australia dilaporkan meningkat 1.1% pada bulan lalu, sedikit rendah dari 1.3% yang dicatatkan pada Mac, tetapi lebih baik dari jangkaan pasaran untuk kenaikan 0.5%.

Bagaimanapun, dolar Aussie dilihat gagal memberi reaksi susulan tersebut dengan didagangkan sedikit susut di sekitar harga 0.77600 berbanding US dolar.

Ini mungkin disebabkan para pelabur yang mungkin mula mengambil keuntungan menjelang penghujung minggu setelah mendorong matawang itu lebih tinggi pada minggu ini.

Dalam pada itu, Australia menyatakan kebimbangannya terhadap syarikat telekomunikasi terbesar China, Huawei yang boleh mengambil alih rangkaian 5G negara itu.

Australian Signals Directorate telah menghabiskan masa lebih 8 bulan untuk mencari jalan bagi menjadikan telekomunikasi syarikat China itu selamat, tetapi mereka akhirnya memberitahu kerajaan bahawa risiko itu tidak dapat diatasi.

Australia adalah negara pertama yang menyekat Huawei menggunakan sistem 5Gnya pada tahun 2018. Seorang perisik Australia mengatakan risiko utama bukan pengintipan China tetapi Beijing boleh memerintahkan Huawei untuk menutup rangkaian 5G Australia sekali gus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat