Dolar Australia Melonjak, RBA Kekalkan Kadar Faedah Di Tahap Terendah 0.75%

275

Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat dasar monetari November telah memutuskan untuk menetapkan kadar faedahnya tidak berubah di paras terendah 0.75% menepati jangkaan pasaran dan berkemungkinan akan kekal rendah untuk tempoh yang lebih panjang.

Susulan daripada itu, dolar Australia terus menyusut sebelum kembali melonjak berbanding dolar USD kepada 0.6904 berikutan kemungkinan bahawa RBA tidak akan membuat pelonggaran monetari selanjutnya bagi tahun ini.

Berdasarkan kenyataan Gabenor RBA Philip Lowe, bank pusat menjangkakan pertumbuhan ekonomi Australia akan berkembang pada kadar 2.25% pada tahun ini dan meningkat kepada 3% pada 2021. Bagaimanapun, nilai dolar Australia yang semakin rendah turut menimbulkan kebimbangan kepada bank pusat.

Dengan sektor buruh yang berterusan mengalami peningkatan dan menepati pertumbuhan yang kuat dalam penawaran pekerjaan, kadar pengangguran juga dijangkakan untuk berkurang ke bawah paras 5% menjelang 2021.

Di samping itu, data inflasi yang dikeluarkan baru-baru ini dilihat lebih baik seperti yang dijangkakan, dengan bacaan inflasi utama berada pada 1.7% bagi sepanjang tahun ini yang berakhir pada bulan September. Sehubungan itu, inflasi diramalkan akan menghampiri kadar 2% pada tahun 2020 dan 2021.

Walaupun terdapat pemulihan dalam pasaran perumahan, khususnya di Sydney dan Melbourne, aktiviti kediaman baru masih mencatat penurunan dan pertumbuhan kredit perumahan masih lemah.

Sementara itu, Lowe turut menyatakan bahawa pelonggaran polisi monetari sejak Jun telah menyokong pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan di Australia dan pulangan inflasi kepada julat sasaran jangka sederhana.

Berikutan kenyataan tersebut, RBA dijangka tidak akan membuat pelonggaran lebih lanjut pada tahun ini.

Bagaimanapun, RBA akan terus memantau perkembangan termasuk dalam pasaran buruh dan bersedia untuk melonggarkan lagi dasar monetari jika diperlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat