Dolar Kanada Patutnya Melonjak Sebab Pengumuman BOC, Tapi…

200

Seperti yang hangat diperkatakan oleh pasaran sejak mesyuarat polisi lalu, Bank Pusat Kanada (BOC) akan mula mengurangkan pelonggaran dalam dasar monetarinya, seiring dengan pemulihan ekonomi yang semakin meningkat.

Terbaru, Timbalan Gabenor BOC, Toni Gravelle mengatakan bank pusat akan menghentikan program kecairan kecemasan yang digunakannya untuk melancarkan pasaran ketika pandemik coronavirus melanda tahun lalu, termasuk program untuk membeli bon kerajaan dan swasta.

Grovelle juga memberikan penjelasan tentang bagaimana bank pusat merancang untuk mengurangkan pembelian bon kerajaan utamanya dan berjanji sebarang pengurangan akan dilakukan secara bertahap.

Pada tahun lalu, BOC telah membeli bon kerajaan persekutuan minimum $4 bilion setiap minggu untuk membantu mengekalkan kos pinjaman yang rendah.

Bagaimanapun, ahli ekonomi memberitahu bahawa pembelian ini mungkin tidak mungkin lagi diperlukan berikutan prospek yang menunjukkan ekonomi berkembang pada tahap lebih kuat daripada yang dijangkakan oleh para pembuat dasar BOC.

Dolar Kanada yang sepatutnya meraih keuntungan dari langkah bank pusat untuk mengetatkan dasar, bagaimanapun, gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat.

Sebaliknya, matawang itu susut lebih rendah disebabkan pengukuhan US dolar berikutan sentimen risk-off dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat