Dominasi Apple Dan Google Cetus Diskriminasi Di UK, Siasatan Bermula!

156

‘Rasanya Malaysia pun kena buat siasatan sebab ada aplikasi yang tidak boleh diakses dalam negara tapi luar boleh je.’

Badan pemantau persaingan United Kingdom (UK) melancarkan siasatan mendalam terhadap dominasi pelayar mudah alih (mobile brower) oleh Apple dan Google.

Ia dipercayai susulan daripada siasatan badan pemantau, Competition and Markets Authority (CMA) yang dijalankan pada Jun dan mendapati ‘bukti mencukupi’ bahawa Apple mengehadkan sesetengah permainan awan (cloud gaming) pada gedung aplikasinya.

Ulas kenyataan rasmi dari CMA, kebanyakan peniaga dan pembangun laman sesawang di UK melaporkan bahawa mereka merasakan telah disekat akses oleh Apple dan Google.

Rentetan itu, CMA merancang lancarkan siasatan terperinci dan andai benar perkara tersebut berlaku maka penambahbaikan perlu dilaksanakan.

Dalam pada itu, pihak Google memberi kenyataan balas dengan mengatakan sistem operasi (OS) Android memberi pengguna lebih banyak pilihan aplikasi berbanding platform mudah alih lain.

Malah seorang jurucakap menyatakan Google membenarkan pemaju memilih enjin pelayar yang mereka mahukan dan telah menjadi batu loncatan kepada berjuta aplikasi sebelum ini.

Pada sisi berbeza, Apple turut mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan syarikat akan ‘berterusan’ menyelidik bersama CMA dalam menjelaskan tentang pendekatan syarikat dalam ‘menggalakkan persaingan dan pilihan’.

Umumnya, isu dominasi Apple dan Google ini bukan perkara baru malah pernah menarik perhatian pengawal selia persaingan di negara lain seperti Brussel, Belgium.

Saat penulisan ini saham Google diniagakan naik 1.52% pada $97.05 sementara saham Apple canak 1.47% pada $150.18.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat