Donald Trump Positif Covid-19!

1,476

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan beliau dan isterinya, Melania positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin.

Berita itu disampaikan sendiri menerusi laman Twitter rasminya sebentar tadi.

Trump yang berusia 74 tahun itu dan Melania, 50, dikategorikan sebagai ‘kumpulan pesakit yang berisiko tinggi’.

Terdahulu, penasihat tertinggi Trump, Hope Hicks turut disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri acara debat Presiden di Cleveland pada Selasa lalu.

Pada acara itu, beberapa ahli keluarga Trump dilihat tidak memakai pelitup muka. Trump sebelum ini pernah mengeluarkan arahan untuk tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Menurut Sean Conley yang merupakan ahli fizik kepada Trump dalam satu kenyataannya, Trump dan isterinya berada dalam keadaan yang baik dan mereka merancang untuk duduk di rumah ketika ini.

“Jangan bimbang kerana saya menjangkakan Trump akan terus akan menjalankan tugasnya tanpa sebarang gangguan sementara menjalani pemulihan dan saya akan terus memaklumkan sebarang maklumat terkini,” kata kenyataan tersebut.

Ekoran berita terbabit, acara debat Presiden kedua yang sepatutnya berlangsung pada 15 Oktober ini berkemungkinan ditangguhkan ke tarikh yang belum diputuskan.

AS sehingga kini merekodkan lebih 200,000 kematian akibat Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat