Donald Trump Tandatangani Perjanjian USMCA, Akhiri Perjanjian Terburuk NAFTA

550

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi telah menandatangani perjanjian perdagangan Amerika Utara baru pada Rabu, dalam sebuah majlis yang bertempat di pekarangan White House dan turut dihadiri kira-kira 400 tetamu.

Perjanjian antara Amerika, Mexico dan Kanada (USMCA) ini akan menggantikan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara 1994 (NAFTA) yang disifatkan sebagai perjanjian terburuk A.S oleh Trump.

Namun begitu, terdapat juga terma-terma perjanjian NAFTA akan diteruskan di bawah USMCA manakala antara perubahan yang dilakukan pula termasuk perdagangan digital dan peningkatan akses A.S ke pasaran tenusu Kanada.

Antara perubahan paling menarik perhatian adalah peraturan baru untuk syarikat pembuatan kereta, yang bertujuan meningkatkan pengeluaran dan pekerjaan di A.S.

A.S juga menawarkan lebih $27 juta geran kepada Mexico untuk membantu menguatkuasakan undang-undang buruh dan menangani isu berkaitan seperti pekerja kanak-kanak dalam sektor pertanian.

Setelah disahkan oleh Mexico pada Disember lalu dan Amerika Syarikat pada Rabu, kedua-dua negara kini menantikan pengesahan daripada Kanada.

Dengan termeterainya perjanjian ini, ia menandakan satu lagi kemenangan buat Trump selepas perjanjian perdagangan fasa 1 yang ditandatangani bersama China 15 Januari lalu walaupun perbicaraan pemecatan beliau sebagai presiden sedang berjalan.

Ekoran siasatan pemecatan beliau yang dicetuskan oleh Demokrat, Trump didapati mengecualikan mereka daripada majlis tersebut walaupun pihaknya turut memainkan peranan penting dalam meluluskan perjanjian itu di peringkat Dewan Perwakilan dan Senat.

Beliau juga tidak menyebut mengenai sumbangan yang dilakukan oleh Speaker Dewan Perwakilan atau ahli demokrat lain, tetapi Wakil Perdagangan A.S Robert Lighthizer mengakui peranan yang dimainkan oleh ahli Dewan banyak membantu dalam penyelesaian perjanjian itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat