Donald Trump Terima Kunjungan Mark Zuckerberg

0 312

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg semalam telah bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House dalam satu lawatan ke Washington. Pertemuan bersama penggubal undang-undang itu dilakukan bagi membincangkan mengenai masa depan peraturan teknologi.

Facebook, bersama-sama syarikat gergasi lain seperti Amazon, Apple dan Google berada di bawah pengawasan dari pihak pengawal selia dan penggubal undang-undang. Pemimpin dari kedua-dua pihak dalam Jawatankuasa Dewan Kehakiman itu telah meminta untuk berkomunikasi secara peribadi bersama eksekutif atasan serta memberikan maklumat terperinci mengenai operasi dalaman untuk setiap syarikat.

Syarikat Google diminta untuk menukar e-mel dalaman dan rekod lain yang berkaitan dengan penggabungan sebelum ini, termasuklah pembelian Youtube serta dokumen yang telah diserahkan kepada kerajaan asing berkaitan dengan pemeriksaan anti-amanah sebelum ini milik syarikat.

Sementara itu, Facebook juga telah diminta untuk menukar rekod komunikasi Zuckerberg yang mungkin telah membincangkan isu yang berkaitan dengan seteru mereka, termasuk mengenai syarikat yang telah diperolehi oleh mereka seperti Instagram dan WhatsApp.

Trump dilihat agak tegas terhadap Facebook serta syarikat teknologi lain, dalam masa yang sama turut memberi perhatian kepada matawang digital milik Facebook, Libra. Trump juga percaya platform media sosial kini bersikap berat sebelah yang lebih kepada pihak konservatif.

Merujuk kepada pasaran saham, harga saham bagi Facebook naik $2.00 kepada $190.14, Amazon meningkat $4.04 kepada $1,821.50, Google bertambah $6.30 kepada $1,238.71 manakala Apple turun $1.81 kepada $220.96.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.