Donald Trump Terima Tekanan Berganda Pada Minggu Kedua Perbicaraan Siasatannya

358

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadapi minggu yang sukar apabila lebih ramai saksi tampil membuat keterangan apabila perbicaraan mengenai siasatannya dibuka secara umum pada Selasa di Dewan Perwakilan AS.

Antara saksi yang paling dinantikan adalah duta AS di Kesatuan Eropah (EU) iaitu Gordon Sondland, susulan transkrip perbualannya bersama dengan Trump mengenai pembekuan bantuan keselamatan kepada Ukraine telah didedahkan.

Ia adalah berkaitan dengan $391 juta dalam bantuan keselamatan yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk membantu memerangi pemisah yang disokong Rusia di timur Ukraine tetapi ditahan oleh Trump.

Perbicaraan tersebut juga temasuk diplomat yang telah memberi keterangan secara peribadi bahawa Trump dan Sondland berulang kali menggesa Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk membuka siasatan ke atas pesaing politiknya Joe Biden.

Demokrat memberitahu seramai sembilan orang saksi dijadualkan akan memberi keterangan pada minggu ini dan turut menuntut kesaksian dari beberapa pegawai kanan White House, terutamanya Mick Mulvaney yang secara peribadi berbincang mengenai dasar Ukraine dengan Trump.

Di samping itu, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelonsi memberitahu bahawa tindakan Trump boleh disifatkan sebagai ‘peras ugut dan rasuah’. Pelonsi berkata Trump telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan politiknya dengan mengorbankan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Sementara itu, Donald Trump melalui ciapan di laman twitternya memberitahu bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk memberi keterangannya secara bertulis dalam siasatan tersebut.

Terdahulu, transkrip panggilan yang dibuat oleh Trump kepada Presiden Ukraine pada 25 Julai menunjukkan beliau menggesa Zelensky untuk menyiasat tuduhan rasuah terhadap Biden termasuk syarikat Burisma Holdings yang menjadikan Hunter sebagai ahli lembaga pengarah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat