Drama Brexit Akhirnya Berakhir

495

Parlimen Eropah akhirnya mencapai kata sepakat untuk menyokong perjanjian perdagangan pasca-Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus menandakan berakhirnya empat tahun drama Brexit.

Persetujuan ini bermaksud perjanjian itu kini dapat disahkan secara rasmi oleh Kesatuan Eropah (EU).

Perkara itu telah disahkan oleh seorang anggota parlimen EU, Guy Verhofstadt yang mengatakan Parlimen Eropah telah menyetujui Perjanjian Perdagangan dan Kerjasama (TCA).

TCA adalah hasil rundingan sembilan bulan yang panjang untuk mendapatkan tarif dan kuota sifar pada barang yang diperdagangkan antara EU dan UK.

Pengundian itu telah berlangsung pada hari Selasa, tetapi kerana kekangan oleh sekatan kerja Covid-19, menyebabkan hasilnya tidak diketahui dengan segera.

Terdahulu, EU telah meminta tempoh perbincangan dilanjutkan selama dua bulan sehingga 30 April untuk mengesahkan perjanjian Brexit pada awal Februari.

Perdagangan antara kedua-dua pihak telah merosot ketara sejak UK keluar daripada Britain secara rasmi pada 1 Januari, dengan import EU dari UK jatuh hampir 50% dan eksport ke UK turun 20% dalam tempoh dua bulan pertama.

Bagaimanapun, persetujuan ini menyebabkan perniagaan bergelut dengan dokumen tambahan, dan ia tidak semestinya mengakhiri permusuhan antara kedua belah pihak.

UK dan EU masih berselisih mengenai bagaimana perjanjian itu akan berfungsi di Ireland Utara, sementara ancaman EU untuk menyekat import vaksin ke Britain telah merosakkan hubungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat