Drama McDonald & Elon Musk Cetuskan Lonjakan Harga Koin Ini!

2,656

Pendukung Dogecoin (DOGE), Elon Musk, bikin hal lagi sehingga ada aset yang meroket tinggi!

Dalam kicauan di laman Twitter pada 25 Januari, Musk memberitahu bahawa beliau akan menikmati set Happy Meal sambil menonton televisyen jika McDonald menerima pembayaran dalam DOGE.

Akaun rasmi Dogecoin paling pantas memberi balas dengan gif yang menggabungkan logo Dogecoin dengan set snek McDonald.

Komuniti Dogecoin juga dilihat  bersetuju dengan kenyataan Musk dan paling yang tidak sangka, pesaing McDonald – Burger King turut memberi komen di bawah twit jutawan dunia itu: “Hanya raja sahaja tahu apa yang koin lakukan.

Untuk pengetahuan, Burger King telah pun melancarkan promosi pembayaran menggunakan DOGE di Amerika Syarikat (AS), termasuk Brazil.

Tidak sehingga McDonald memberi komen pada twit tersebut: “Hanya jika Tesla terima grimacecoin” koin kripto yang dikenali GrimaceCoin terus mencatatkan lonjakan sebanyak 6,000%.

Adakah McDonald juga akan lancarkan koin meme? Tiada jawapan yang pasti tetapi GrimaceCoin baru sahaja dilancarkan di Binance Smart Chain (BSC) ketika harganya pacu ke paras ketinggian tersebut.

Meraikan gurauan di laman sosial, CEO Microstrategy, Michael Saylor segera memuatnaik meme yang menunjukkan beliau sedang memakai topi McDonald.

Sementara itu presiden El Salvador pula telah menukar gambar profil yang menunjukkan beliau sedang memakai sut lengkap pekerja McDonald.

GrimaceCoin

Aset kripto ini tiada kaitan langsung dengan McDonald. Pembangunnya juga tidak dikenali dan difahamkan projek koin ini adalah satu penipuan.

Manakan tidak, setiap transaksi yang menggunakan GrimaceCoin akan dikenakan cukai sebanyak 10%.

Apa-apa pun, jangan ambil terlalu serius dengan pelaburan koin ini. Berhati-hatilah dan DYOR.

Bila Musk nak sebut koin penulis pula [@_@’]

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat