DSAI Baru Sehari Di Putrajaya, Inflasi Malaysia Turun Pada 4%!

724

‘Tahniah Malaysia serta warga dan pemimpinnya.’

Berita gembira dalam negara diteruskan lagi dengan bacaan inflasi tahunan Malaysia turun pada 4% semasa Oktober berbanding 4.5% ketika September lalu.

Walaupun gagal tepati unjuran 3.9% pasaran, ia adalah bacaan terendah dalam tempoh 3 bulan dengan catatan paling rendah ketika Jun iaitu pada 3.4%.

Ikuti ringkasan data inflasi bulan Oktober yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara di bawah.

  • Kategori makanan dan minuman bukan beralkohol naik 7.1% pada Oktober berbanding 6.8% ketika September.
    • Sub kategori makanan di rumah naik 5.8% daripada 5.7%.
    • Sub kategori makanan dari luar rumah canak 9.3% daripada 8.7%.
    • Sub kategori roti, nasi dan bijirin lain tambah 7.3% daripada 6.8%.
    • Sub kategori minyak masak turun 2.6% daripada 3.8%.
    • Sub kategori daging lonjak 7.3% daripada 6.6%.
    • Sub kategori buah-buahan raih 5.5% daripada 5.2%.
    • Sub kategori ikan dan makanan laut kukuh 3.4% daripada 3.3%.
    • Sub kategori sayur-sayuran susut 4.8% daripada 6.3%.
    • Sub kategori susu, keju dan telur kekal pada 8.8%.
    • Sub kategori gula, jam, madu, coklat dan manisan mekar 3.5% daripada 3.3%.
  • Kategori minuman beralkohol dan tembakau canak 0.8% berbanding 0.7%.
  • Kategori pakaian dan kasut mendatar pada 0.4%.
  • Kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain-lain turun 1.5% berbanding 4.%.
  • Kategori perabot, barangan perumahan dan penyelenggaraan perumahan jatuh 4.1% berbanding 4.4%.
  • Kategori kesihatan kekal pada 1%.
  • Kategori pengangkutan susut 5.2% berbanding 5.3%.
  • Kategori komunikasi tidak berubah.
  • Kategori perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan lonjak 3.4% berbanding 3.1%.
  • Kategori pendidikan tambah 1.4% berbanding 1.3%.
  • Kategori restoran dan hotel kuncup 6.8% berbanding 6.0%.
  • Kategori barangan dan perkhidmatan lain-lain pada 2.4% pada kedua-dua bulannya.

Selain itu, inflasi di kawasan bandar menurun 4.2% berbanding 4.8% dan kawasan luar bandar merosot 3% berbanding 3.4% sebelumnya.

Dalam pada itu, inflasi negara bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2022 meningkat 3.3% berbanding tempoh sama tahun lepas dan asas bulanan menyaksikan catatan Oktober pada 0.2% daripada 0.1% semasa September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat