Dua Peristiwa Penting Ini Punca US Dollar Menjunam!

60

US Dollar menjunam pada Selasa gara-gara perletakan jawatan Penasihat Keselamatan Negara AS disamping penantian para pelabur terhadap kenyataan daripada Pengerusi Fed mengenai sebarang petunjuk terkini terhadap kenaikan kadar.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menyusut sebanyak 0.06 peratus kepada 100.94. Dalam sesi ini juga, USD/JPY menjunam sebanyak 0.07 peratus manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.41 peratus selepas National Australia Bank (NAB) mengumumkan data yang agak positif terhadap keyakinan perniagaan di Australia.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Kadar inflasi di China juga melonjak kepada 2.5 peratus pada bulan Januari kepada nilai yang tertinggi sejak Mei 2014.

Selera terhadap matawang gergasi juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini apabila Trump mengumumkan kepada pasaran terhadap pembaharuan dasar cukai.

Sementara itu, Dollar Kanada didagang stabil berbanding US Dollar dengan USD/CAD direkod pada nilai 1.3088 seiring pertemuan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau Trump di White House.

USD/CAD, 30 minit

Penantian Pasaran Terhadap Ucapan Janet Yellen Memberi Peluang Kepada Emas Untuk Bangkit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat