Dua Suspek ‘Crypto Heist’ Berjumlah $3.6 Bilion Akhirnya Diberkas!

893

Jabatan Kehakiman AS telah berjaya memecahkan salah satu rompakan kriptowang terbesar yang bernilai $3.6 bilion dalam bitcoin yang dikaitkan dengan penggodaman pada tahun 2016 yang melibatkan pertukaran kriptowang gergasi Bitfinex pada ketika itu.

Jabatan Kehakiman telah menahan pasangan suami isteri yang dituduh terlibat dalam pengubahan wang haram. Ilya “Dutch” Lichtenstein, 34, dan isterinya, Heather Morgan, 31, penduduk New York, telah ditangkap di Manhattan pada pagi Selasa. Pasangan itu telah membelanjakan kekayaan yang diperoleh secara haram dengan membeli pelbagai barangan mewah, emas dan kripto.

Dengan penangkapan ini, ia membawa indikasi bahawa penggunaan kripto dalam pengubahan wang haram adalah tidak kebal. Pasangan tersebut telah berhadapan denngan pertuduhan berat, termasuk bersubahat untuk melakukan pengubahan wang haram dan pemalsuan. Kes itu difailkan di mahkamah persekutuan di Washington, D.C.

Kedua-duanya dituduh bersubahat dalam pencurian sebanyak 119,754 bitcoin yang dicuri selepas seorang penggodam menceroboh Bitfinex dan memulakan lebih daripada 2,000 transaksi tanpa kebenaran. Jumlah nilai BTC pada masa itu ialah $71 juta. Pada hari ini nilai BTC dikatakan mencecah $4.5 bilion.

Detektif Jabatan Kehakiman dapat menjejaki jejak pertama daripada kemunculan mereka di pasaran ‘underground’ digital pada 2017. Sebahagian daripada wang itu telah dipindahkan ke AlphaBay, versi eBay di ‘dark web’.

Bitfinex berkata dalam satu kenyataan bahawa ia sedang bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman dalam kemungkinan untuk mengembalikan bitcoin yang dicuri.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat