Duhh! Huawei Ditendang UK Lebih Awal Dari Yang Dijangka

423

United Kingdom (UK) dilaporkan akan menyekat pemasangan peranti 5G Huawei secepat mungkin bermula tahun hadapan ekoran daripada desakan politik terhadap firma China itu.

Menurut sumber, sekatan itu dijangka bermula awal September 2021.

Anggota Parlimen Parti Konservatif mengemukakan tuntutan mereka melalui Telecommunications (Security) Bill yang dibentangkan di parlimen semalam dan akan dibahaskan pada minggu hadapan.

Menerusi rang undang-undang tersebut, denda sebanyak 10% daripada jualan atau £100,000 (lebih RM480,000) diusulkan bagi firma tempatan yang melanggar sekatan tersebut.

Sebelum ini Boris Johnson telah memberi Huawei pengaksesan terhad dalam rangkaian 5G di negara itu yang mana telah mengundang amarah dari partinya sendiri.

Penglibatan Huawei dalam rangkaian 5G UK turut mewujudkan tekanan antara Washington dan London sehinggalah Johnson memutuskan untuk membuang Huawei pada 2027.

Sebenarnya House of Commons’ Defence Committee telah mencadangkan kepada kerajaan UK untuk menyekat peranti Huawei lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

Cadangan tersebut didorong oleh bukti pertelingkahan antara Huawei dengan Beijing dengan tuduhan negara itu memberi tekanan terhadap UK melalui ancaman tersembunyi dan terang-terangan.

Sekatan baru terhadap pemasangan peranti Huawei akan ditambah ke dalam undang-undang berkaitan pembelian keperluan firma.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat