Dunia Dah Berbeza, Pelabur Kaya Muda Pilih Kripto Berbanding Pelaburan Tradisional!

456

“Mesti bestkan kalau semua orang kat dunia jadi kaya melalui kripto, tapi tulah ada yang tak percaya.”

Pengeluaran laporan bertajuk “2024 Bank of America Private Bank Study of Wealthy Americans” oleh Bank of America (BoA) dua hari lepas menyerlahkan arah aliran ketara serta mengkaji bagaimana dinamik generasi dan pemindahan kekayaan pada masa hadapan dapat membentuk strategi kewangan.

Dilaporkan, individu kaya yang lebih muda cenderung melabur dalam mata wang kripto berbanding rakan sejawatnya lebih tua yang lebih memberi tumpuan pada pelaburan tradisional seperti saham dan bon.

Menerusi pemerhatian, tiga perempat daripada golongan muda bersetuju pelaburan dalam saham dan bon sahaja tidak dapat membuat pulangan melebihi purata, jadi mereka lebih berminat meneroka alternatif seperti kripto serta ekuiti persendirian.

Memang tidak dinafikan minat terhadap kripto merosot sedikit sejak tahun 2022, tetapi aset digital terus menjadi sebahagian penting daripada portfolio pelabur muda yang mungkin mereka bakal meningkatkan lagi peruntukannya pada pelaburan alternatif termasuk kripto pada tahun-tahun akan datang.

BoA turut mendedahkan biarpun pelabur muda paling konservatif memegang aset digital yang besar, mereka tetap mengurus risiko dengan baik malah memiliki strategi pelaburan sangat teratur dalam menjana keuntungan lumayan.

Keutamaan pelaburan generasi ini mencerminkan pendekatan berhati-hati dipengaruhi oleh kejatuhan pasaran lebih luas pada masa lalu yang menyebabkan mereka memiliki aset yang kurang risiko seperti wang tunai, kripto dan hartanah.

Bagi orang kaya berumur 21 hingga 43 tahun, peruntukan portfolio kelihatan lebih kurang sama di mana mereka secara keseluruhannya mengumpul altcoin, kripto, saham, bon dan tunai, ulas BoA dengan lebih lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat