Dunia Gempar! McAfee Ditemui Mati Dalam Penjara

11,433

Pengasas perisian antivirus komputer terkemuka, John McAfee dilaporkan membunuh diri di sebuah penjara di Barcelona, Sepanyol semalam selepas mahkamah tinggi membenarkan beliau diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan cukai.

Menurut laporan media antarabangsa, punca kematiannya masih disiasat.

McAfee didakwa di Tennessee atas kesalahan cukai dan didakwa berhubung kes penipuan mata wang kripto di New York.

Pada 2019, beliau mengatakan tidak membayar cukai pendapatan AS selama 8 tahun kerana sebab-sebab ideologikal.

Pada tahun yang sama, McAfee meninggalkan AS bagi mengelakkan diri beliau daripada berdepan pertuduhan mahkamah.

Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Cuba daripada embargo perdagangan AS menggunakan mata wang kripto.

McAfee menjadi perhatian dalam dunia kripto pada Julai 2017 apabila meramalkan harga Bitcoin (BTC) akan mencecah paras AS$500,000 pada 2020.

Ketika harga BTC dilihat mengalami trend ‘bullish’ pada November 2017, beliau meningkatkan jangkaan BTC akan mencapai AS$1 juta menjelang 2021.

Malangnya ramalannya tidak tepat. McAfee juga pernah mendakwa beliau mengenali pengasas BTC, Satoshi Nakamoto dan mahu mendedahkan identiti sebenar Nakamoto kepada dunia, namun itu hanya ‘cakap-cakap kosong’.

McAfee sering mengemaskini mengenai keadaannya di penjara menerusi Twitter dan salah satu mesej terakhirnya adalah beliau telah kehilangan kesemua pegangan mata wang kriptonya.

McAfee ditahan di lapangan terbang Barcelona dan dipenjarakan pada Oktober lalu.

Beliau sebelum ini mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah bersifat politik dan jika McAfee diekstradisi, beliau akan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat