Dunia Sedang Hadapi Krisis Terburuk Sejak Perang Dunia II Akibat COVID-19!

670

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres, wabak pandemik COVID-19 yang melanda merupakan krisis global terburuk sejak Perang Dunia ke-II.  Selain itu, beliau mendedahkan bahawa virus merbahaya itu akan mencetuskan pelbagai konflik di seluruh dunia, ianya bukan sahaja mengancam nyawa manusia bahkan menjejaskan ekonomi global!

Akibat daripada penularannya, dunia terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekacauan, ketidakstabilan ekonomi.  Tambahan daripada itu, ianya dianggap sebagai krisis yang paling mencabar untuk dibendung.

Justeru itu, beliau menyeru agar semua pihak bersatu tanpa mengira negara, bangsa, serta fahaman politik dan memahami erti kemanusiaan untuk mengatasi wabak pandemik ini.

Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 40,000 individu yang menjadi korban sejak penularan COVID-19 di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, ianya turut menjadi salah satu faktor kepada kegawatan ekonomi yang melanda dunia.

Di samping itu, Antonio turut mengemukakan amaran bahawa wabak itu juga akan menyerang negara miskin seperti Afrika dan negara kaya hingga mengorbankan jutaan nyawa.

Sementara itu, terdapat satu ramalan yang menyatakan bahawa sebahagian penduduk dunia bakal dikenakan perintah berkurung jika kira-kira 840,000 individu telah dijangkiti.

Terbaru, PBB telah melancarkan sebuah tabung khas bagi membantu negara membangun semalam. Sebelum ini, negara miskin dan berhadapan dengan konflik telah pun dibantu dengan penubuhan tabung khas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat