DUP Tolak Cadangan Boris Johnson Menjelang Rundingan Brexit Di Sidang Kemuncak

251

Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara berkata bahawa perbincangan dengan kerajaan masih dijalankan namun, mereka tidak dapat menerima cadangan terbaru Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson mengenai Brexit.

Johnson telah meletakkan harapannya untuk meyakinkan para pemimpin EU untuk bersetuju dengan perjanjian pada sidang kemuncak yang akan diadakan dan diikuti dengan undi di parlimen Britain pada hari Sabtu.

Bagaimanapun, ia ditolak oleh DUP dengan mengatakan mereka tidak dapat menyokong apa yang dicadangkan terhadap isu kastam dan persetujuan serta terdapat kekurangan penjelasan dalam cukai nilai tambah (VAT), menurut ketua DUP Arlene Foster dan Nigel Dodds.

Sementara itu, mereka turut menyatakan akan terus bekerjasama dengan kerajaan bagi mendapatkan kesepakatan yang berguna untuk Ireland Utara dan melindungi ekonomi dan integriti perlembagaan UK.

VAT adalah cukai penggunaan dikenakan ke atas produk apabila nilai ditambah pada setiap peringkat rantaian bekalan, dari pengeluaran sehingga dijual.

VAT diperkenalkan pada tahun 1973 untuk menggantikan Cukai Pembelian selepas UK menyertai Komuniti Ekonomi Eropah. Setakat ini, kadar standard VAT adalah 20% iaitu meningkat daripada 15% pada tahun 2009.

Selain itu, draf perjanjian Brexit juga difahamkan mempunyai mekanisme yang membolehkan Ireland Utara untuk meluluskan atau menolak rancangan sempadan.

Ini akan memberi peluang kepada Dewan Ireland Utara untuk mengundi pada pengaturan Brexit empat tahun selepas tempoh peralihan Brexit berakhir pada tahun 2020. Bagaimanapun, DUP menginginkan jaminan daripada mekanisme persetujuan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat