Durian Runtuh-Penantian HODLer Cardano Akhirnya Berakhir!

3,266

Sejak 2015 lagi projek Cardano dan token ADA mendapat perhatian komuniti kripto. Ia dibangunkan oleh firma teknologi Input Output Hong Kong (IOHK) yang diasaskan oleh Charles Hoskinson.

Ia merupakan projek blockchain Proof-of-Stake (PoS), generasi ketiga dan menawarkan penyelesaian skalabiliti yang terdapat di blockchain generasi pertama dan kedua seperti Ethereum dan Bitcoin.

Menariknya tentang Cardano ia memiliki komuniti yang setia dan pendukung projek tersebut. Walaupun di tengah musim ‘rally’ kripto, pergerakan harga ADA tidak menunjukkan lonjakan yang ketara.

Namun sejak akhir-akhir ini di saat pasaran kripto tenggelam lautan merah, kripto ADA telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Hal ini menjadikan Cardano telah meningkat sekurang-kurangnya 13 kali ganda pada tahun 2021 sahaja.

Menurut data dari platform perisik crypto CoinMetrics, dompet yang memegang ADA dengan nilai sekurang-kurangnya $ 1 juta meningkat sebanyak 1,231 peratus dari 504 hingga 6,710 antara 1 Januari dan 17 Mei 2021.

Dalam masa yang sama, berikutan lonjakan yang melebihi 1000%, ia telah melahirkan ramai jutawan setelah harga ADA menyentuh paras tertinggi sepanjang masa $2.4 pada 16 Mei. Pada masa yang sama, minat global terhadap berita Cardano memuncak baru-baru ini di Google Trends.

Selanjutnya, antara 1 Januari dan 28 April 2021, jumlah alamat aktif ADA meningkat sebanyak 417.81%, sementara jumlah urus niaga meningkat 382.84%.

Di samping itu, IOHK baru-baru ini bekerjasama dengan kerajaan Ethiopia untuk mereformasi sistem pendidikan negara Afrika. Hal ini membolehkan 5 juta pelajar berpotensi mendapat manfaat dari inisiatif ini.

Cardano, sebaliknya, baru-baru ini mencapai 100% desentralisasi dalam output blok, yang akan menjadikan rangkaian lebih menarik bagi para pelabur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat