Durian Runtuh! Sepatutnya Hanya $100 Sahaja, Tapi Wanita Ini Terima Transaksi Kripto Bernilai $10 Juta

478

Crypto.com, platform wang kripto berprofil tinggi yang menggunakan bintang filem Matt Damon dalam pengiklanannya terkhilaf memindahkan $10.5 juta kepada seorang wanita Melbourne.

Hal ini berlaku apabila Crypto.com perlu memberikan bayaran balik $100 kepada Cik Manivel, tetapi tersalah memasukkan nombor akaun dalam bahagian pembayaran pindahan.

Oleh demikian, syarikat tersebut melancarkan tindakan undang-undang di Mahkamah Agung terhadap Thevamanogari Manivel dan kakaknya Thilagavathy Gangadory selepas 7 bulan mereka menyedari kesilapan tersebut.

Kesilapan transaksi sebanyak $10,474, 143 telah disedari pada audit syarikat sebelum Krismas lalu.

Sementelahan itu, Crypto.com berusaha mendapatkan kembali wang mereka, akan tetapi sebanyak $1.35 juta telah dibelanjakan untuk sebuah rumah mewah di pinggir bandar Melbourne Craigieburn yang mempunyai lima bilik tidur, empat bilik mandi, gim dan pawagam, manakala wang selebihnya dipindahkan ke akaun lain.

Secara konteks, Crypto.com berjaya membuat perintah pembekuan terhadap akaun bank Cik Manivel, akan tetapi dokumen mahkamah menunjukkan $10.1 juta dipindahkan ke akaun bersama yang berbeza serta $430,000 dipindahkan ke akaun anak perempuannya, Raveena Vijian.

Malah, pendaftaran rumah seterusnya dipindahkan kepada Cik Gangadory yang berpangkalan di Malaysia sebelum Crypto.com membuat perintah pembekuan terhadapnya.

Rentetan itu, Hakim James Dudley Elliott mengarahkan Cik Gangadory membayar Crypto.com $1.35 juta, faedah $27,369 termasuklah rumah Craigieburn dijual.

Tambahnya lagi, mereka masih belum menjawab surat-menyurat daripada peguamcara Crypto.com serta tidak memfailkan kehadiran, namun begitu sehingga kini Cik Manivel dan Cik Gangadory tidak dapat dihubungi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat