ECB Capai Kemajuan Baik Dalam Strategi Baru – ECB Lagarde

198

Mesyuarat pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) pada hujung minggu telah membuat kemajuan yang baik dalam membentuk semula strategi ECB, termasuk peranan yang dimainkan dalam menangani perubahan iklim dan pendekatan yang disemak semula terhadap inflasi, kata Presiden Christine Lagarde pada hari Ahad.

25 anggota Majlis Pimpinan ECB bertemu secara langsung pada hujung minggu untuk pertama kalinyak sejak wabak Covid-19 melanda.

Pertemuan yang berlangsung di Taunus, Jerman bertujuan untuk menyusun semula ECB, dengan sasaran inflasi baru, cara mengukur ekonomi yang lebih baik dan kesepakatan mengenai bagaimana menangani isu-isu seperti perubahan iklim dan ketidaksamaan.

Bagaimanapun, Lagarde tidak memberikan perincian mengenai hasil rundingan tersebut, hanya mengatakan bahawa ia merangkumi sasaran inflasi dan garis masa ECB untuk mencapai matlamatnya.

Lagarde meluahkan rasa gembira beliau terhadap perbincangan tersebut dan mengatakan mereka telah membuat kemajuan yang baik dalam membentuk ciri konkrit dalam strategi dasar monetari ECB pada masa hadapan.

Hasil perbincangan ini dijangka akan dibuat sebelum Forum ECB tahunan pada 28-29 September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat