ECB – Dasar Monetari Tidak Berubah Dan Inflasi Dijangka Menurun!

362

Bank Pusat Eropah (ECP) umumkan bahawa kadar faedah dikekalkan pada hari Khamis iaitu 24 Oktober dengan tidak berubah dan dalam masa yang sama Presiden ECB, Mario Darghi akan menamatkan tugasnya di bank pusat Eropah pada akhir bulan Oktober 2019.

Pada hari Khamis, ECB telah mengambil keputusan untuk tidak mengubah pengamalan polisi monetari setelah enam minggu ECB umumkan pakej rangsangan termasuk pembelian aset baru yang bernilai 20 billion euro. Kadar pembiayaan semula utama kekal pada 0% dan kadar deposit pada -0.5%.

Majlis pimpinan ECB menjangkakan kadar faedah utama kekal pada kadar sekarang atau lebih rendah sehinggalah unjuran inflasi mencapai hampir paras 2%.

Draghi telah memberi komentar dalam ucapan sidang media beliau bahawa risiko untuk ekonomi zon Eropah masih cenderung ke arah sisi negatif dan inflasi utama juga cenderung menurun sedikit sebelum mula naik pada akhir tahun. Dalam masa yang sama, risiko-risiko terkait dengan geopolitik dan perlindungan perdagangan semakin meningkat.

Selaras dengan pelan yang diutarkan, pakej rangsangan pembelian aset yang akan diteruskan semula diimplimentasikan pada 1 November.

Draghi dijadualkan akan melepaskan jawatannya pada 31 Oktober selepas lapan tahun di mana dia telah diiktiraf secara universal kerana menghalang pemecahan Zon Eropah. Jawatannya akan diganti oleh Christine Lagarde bermula November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat