ECB Kekalkan Kadar Faedah Dan Beri Petunjuk Pelonggaran Polisi Monetari Pada Bulan September!

432

Pada hari ini, Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah namun memberi petunjuk pelonggaran polisi monetari pada bulan September bagi menjana pertumbuhan ekonomi zon Eropah yang saban hari terpalit dengan perang dagang antara AS-China dan ‘hard’ Brexit.

Rincian keputusan ECB yang bersifat ‘dovish’ telah menyebabkan matawang Euro jatuh ke paras terendah 2 bulan lalu berbanding US dolar.

ECB mengekalkan kadar deposit pada -0.4% dan kadar pembiayaan semula pada 0% dalam minit mesyuarat seperti yang telah dijangka. Walaubagaimanapun, ECB telah membuat sedikit perubahan dalam petunjuk masa hadapan dengan menekankan bahawa perlunya untuk mengembalikan inflasi kepada paras 2%.

Governing Council mengharapkan ECB mengekalkan kadar faedah pada paras sekarang atau lebih rendah bagi separuh tahun pertama 2020 dan memastikan inflasi mencapai sasaran.Kenyataan ‘atau lebih rendah’ sebelum ini tidak disebutkan dalam kenyataan bulan lepas.

ECB juga memberi petunjuk bahawa mereka berkemungkinan akan memulakan semula program pembeliam aset. ECB telah menugaskan komuniti dalaman agar menyediakan maklumat tentang kadar dan saiz yang sesuai dalam pembelian semula aset. Dalam masa yang sama komuniti ECB juga ditugaskan untuk menyediakan ukuran yang sesuai bagi memastikan pengurangan kadar faedah agar tidak memberi impak besar kepada keuntungan sektor perbankan.

Menurut penganalisis, ING, Carsten Brzeski, kita dapat menjangkakan bahawa mesyuarat bulan September ini bukan sahaja akan mengetengahkan satu ukuran namun beberapa ukuran. Penganalisis, Danske Bank pula berpendapat bahawa kenyataan ECB ini adalah sangat ‘dovish’ dan para pelabur harus menjangkakan ‘pakej penuh pada bulan September’.

Matawang Euro jatuh ke paras terendah sejak 2 tahun lalu selepas laporan diumumkan. Kini ECB didagangkan pada paras 1.1167 berbanding US dolar setakat jam 9.00 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat