ECB Melihat Pengukuhan Pertumbuhan Pada Suku Kedua

45

Data ekonomi Zon-Eropah menunjukkan pengukuhan pada suku kedua di samping pemulihan pertumbuhan global seperti yang dilaporkan Buletin Ekonomi ECB pada Khamis.

Inflasi akan bergerak di sekitar paras semasa beberapa bulan akan datang walaupun belum ada kenaikan meyakinkan dalam harga pengguna, lapor ECB.

“Secara keseluruhan, data yang akan dikeluarkan menunjukkan pertumbuhan kukuh pada suku kedua 2017,” kata ECB dalam buletin yang sejajar dengan kenyataan bank pusat semasa mesyuarat Jun baru-baru ini. “Permintaan domestik dijangka akan disokong oleh beberapa faktor positif.”

“Pasaran kewangan adalah menggalakkan dan kadar faedah rendah akan terus membantu pemulihan dalam pelaburan,” kata ECB.

Mesyuarat bank pusat Eropah pada 8 Jun menunjukkan ECB mengurangkan sedikit panduan dovish yang dilihat sebagai satu langkah ke arah pengetatan. Walaubagaimanapun, Draghi dalam sidang media tersebut masih menekankan ekonomi masih memerlukan rangsangan yang besar.

Selain itu, kenyataan Draghi semasa sidang media masih lagi mengatakan kenaikan inflasi masih terhalang. Draghi lebih yakin dengan pertumbuhan ekonomi tetapi menegaskan inflasi masih lagi rendah.

Dalam kajian atau projection yang dibuat oleh staf ECB, terdapat kajian semula kepada ramalan pertumbuhan ekonomi dengan tahun 2017 dijangka bertumbuh 1.9% dari 1.8%, di mana tahun 2018 dan 2019 dinaikkan 0.1% kepada 1.8% dan 1.7%.

Manakala dalam ramalan inflasi untuk tahun 2017 kadar faedah diturunkan kepada 1.5% dari 1.7%. Tahun 2018 pula diturunkan agak banyak kepada 1.3% dari 1.6% di mana 2019 diturunkan 0.1% kepada 1.6%. Menurut Draghi, ramalan ini diturunkan oleh sebab jangkaan harga minyak mentah global yang rendah.

Tambah beliau, ECB akan lebih yakin dengan peningkatan inflasi yang kukuh jika terdapat pertumbuhan yang lebih memberangsangkan. Inflasi akan menjadi faktor utama dalam penentuan perubahan polisi ECB, kata beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat