Eh, Apa Cerita Saham Global Tiba-Tiba Melantun Ni?

182

Permulaan suku ke-4 di Amerika Syarikat (AS) semalam menyaksikan ekuiti didagangkan dalam keuntungan dengan hasil Perbendaharaan susut selepas data sektor pembuatan melemah.

Difahamkan data PMI sektor pembuatan AS tinjauan ISM yang diterbitkan di sesi New York semalam mencatat penurunan kepada 50.9 mata berbanding catatan lepas 52.8 mata dan gagal melepasi unjuran pasaran 52.5 mata.

Perkara ini secara tidak langsung menambah faktor penurunan pada hasil 10 tahun AS selepas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Liz Truss membatalkan program pemotongan cukainya bagi memberi laluan kepada kenaikan kadar.

Rentetan itu, Wall Street menyaksikan sinar ‘kehijauan’ untuk ditutup melebihi 2% sungguhpun kebimbangan kenaikan kadar faedah dan kelembapan pertumbuhan ekonomi masih menguasai pasaran.

Indeks Dow Jones Industrial ditutup tinggi 2.66% pada 29,490.89 sementara S&P 500 capai 2.59% pada 3,678.43 dan Nasdaq Composite tambah 2.27% pada 10,815.44.

Di zon Eropah pula, indeks STOXX 600 Eropah turut ditutup tinggi 0.7% untuk menampung kerugian awal daripada 1.3%.

Pada rantau Asia, pembukaan dagangan menyaksikan Nikkei 225 Jepun naik 2.19% dengan Topix raih 2.44% sementara Kospi Korea Selatan maju 1.81% dan Kosdaq canak 2.24%.

Indeks S&P/ASX 20 Australia lonjak 2.35% dan tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun tambah 0.71%.

Dalam pada itu, Art Hogan dari B. Riley Wealth menjelaskan bahawa aliran positif pada ekuiti ini sememangnya berkait dengan penarikan balik pada pasaran hasil dan ia mungkin boleh menandakan persekitaran yang risk-on.

Beliau turut menyentuh berkenaan data sektor pembuatan semalam dengan mengatakan bacaan positif menjadi pemangkin untuk penjualan manakala output negatif boleh mendorong pembelian.

Atas faktor itu beliau tidak segan untuk mengatakan berita buruk adalah berita baik kepada pasaran ekuiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat