Eh, Apa Jadi Dengan Data Pekerjaan Australia?

422

Pekerjaan Australia tanpa dijangka melantun semula pada bulan Ogos menyusuli kejatuhan mengejut pada bulan sebelumnya, menandakan pasaran buruh berjaya menyerap kesan daripada kenaikan kadar faedah bank pusat.

Ekonomi menambah sebanyak 64,900 pekerjaan pada bulan lepas berbanding jangkaan untuk meningkat 25,000 pekerjaan, menurut data yang dikeluarkan Biro Perangkaan Australia (ABS).

Sementara itu, kadar pengangguran pula kekal tidak berubah pada 3.7% seperti yang dijangkakan.

Dolar Aussie mencapai paras tertinggi satu minggu pada 0.6435 berbanding greenback, yang menyokong kes bagi Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mengekalkan kadar faedah di paras tertinggi.

Gabenor yang akan menggantikan Philip Lowe, iaitu Michele Bullock telah memberi amaran bahawa keputusan dasar akan diputuskan bulan ke bulan sehingga sekurang-kurangnya tahun depan.

RBA telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada tahap 4.10% untuk empat bulan berturut-turut pada September.

Keuntungan dolar Aussie bagaimanapun kekal terbatas berikutan dagangan US dolar yang terus mengukuh selepas data inflasi Amerika Syarikat diterbitkan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat