Eh! Betul Ke Coinbase Nak Senarai Semula XRP?

3,478

Twit terbaru yang dimuatnaik CEO Coinbase, Brian Armstrong pada pagi tadi menunjukkan isyarat positif kemungkinan penyenaraian semula XRP di platform pertukaran kripto, Coinbase.

Belum ada keputusan rasmi, tetapi Armstrong menyifatkan kes diantara Securities and Exchange Commission (SEC) dan Ripple situasi yang “ada perkembangan luar dari jangkaan”.

Tidak cukup dengan itu, Amstrong secara halus ‘menghentam’ SEC dengan kenyataan berbunyi: “Ironinya, SEC diserang oleh kelompok manusia yang sepatutnya mereka lindungi.”

Sebagai rekod, Coinbase telah menyahsenaraikan XRP bermula 19 Januari selepas Ripple disaman SEC pada Disember 2020. Sekatan tersebut telah menyebabkan penyusutan mendadak harga XRP.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini XRP masih bertahan walaupun didagangkan pada harga yang sederhana bagi kebanyakan masa sepanjang 2021.

CEO Galaxy Investment Partners, juga jutawan kripto Mike Novogratz mendedahkan nilai XRP sehingga Oktober sebenarnya telah mencatatkan lonjakan tiga kali ganda sejak disaman SEC.

Ini bukan kali pertama Coinbase dikaitkan dengan penyenaraian semula XRP.

Pada awal September, platform ini secara tidak sengaja telah memaparkan matawang XRP di aplikasi mudah alih Coinbase Pro. Setelah menjelaskan hal sebenar, harga XRP susut sehingga 10%.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.12, meningkat hampir 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat