Eh? Biden Positif Covid-19?

207

Berdasarkan sebuah laporan, tahap kesihatan bakal Presiden Amerika Syarikat ke-46, Joe Biden kini dipersoalkan dan menjadi perhatian dunia. Hal ini demikian kerana beliau didakwa sering batuk berkahak secara berterusan ketika menyampaikan ucapan kelmarin.

Selain itu, situasi pemimpin dunia yang berumur 78 tahun itu kelihatan terganggu akibat batuk dengan kerap hingga terpaksa berhenti ketika berucap buat kali pertama sejak disahkan sebagai pemenang pilihan raya presiden AS November lalu.

Di samping itu, terdapat laporan yang mendedahkan bahawa batuk yang dialaminya itu adalah kerana kesihatan presiden tersebut tidak memberangsangkan.

Namun, terdapat juga desas-desus yang mengakatakan bahawa beliau telah dijangkiti wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, presiden berkenaan dikhabarkan sentiasa menjalani ujian Covid-19 dan semua keputusannya adalah negatif manakala doktor peribadinya, Dr Kevin O’Connor, mengesahkan bahawa kesihatan beliau berada pada tahap yang baik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat