Eh! Biden Tak Benarkan Ukraine Sertai NATO?

501

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengatakan perang Rusia di Ukraine perlu ditamatkan sebelum NATO mempertimbangkan untuk menerima Kyiv ke dalam pakatan itu.

“Ukraine belum bersedia untuk menjadi ahli NATO”, kata Presiden Biden dalam temu bual eksklusifnya dengan CNN pada hari Ahad.

Jelasnya, beliau tidak fikir terdapat sokongan sebulat suara dalam pakatan itu untuk menerima keahlian Ukraine buat masa ini, apatah lagi di tengah-tengah peperangan yang berlaku.

Walaupun begitu, Biden mengatakan bahawa AS dan sekutunya dalam NATO akan terus memberikan bantuan keselamatan dan senjata kepada Presiden Volodymyr Zelensky dan pasukannya.

Beliau juga fikir bahawa mereka perlu menyediakan jalan yang rasional untuk melayakkan UKraine menyertai pakatan itu, tetapi adalah terlalu awal untuk membuat undian kerana ada kelayakan lain yang perlu dipenuhi.

Selain itu, Biden turut membincangkan cabaran dasar luar negara lain, termasuk China dan Arab Saudi.

Beliau memberitahu telah memberi amaran kepada China susulan hubungannya dengan Rusia, mengatakan Beijing perlu berhati-hati kerana ekonominya bergantung tinggi pada Eropah dan Amerika Syarikat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat