Eh! Bukan Ke Powell Makin Hawkish, Kenapa USD Junam Pula?

531

Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang hawkish malangnya gagal merangsang pengukuhan US dolar untuk kembali meningkat lebih tinggi.

Powell menegaskan semula kenyataannya sebelum ini di Jackson Hole, bahawa tumpuan utama Fed adalah untuk menurunkan kadar inflasi daripada berakar umbi dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Reaksi awal US dolar menunjukkan raja mata wang itu meningkat susulan kenyataan Powell, namun kembali menyusut apabila pasaran menuju ke penghujung sesi New York dan kelemahannya berterusan pada sesi Asia.

Di samping itu, mata wang euro kembali melonjak di atas harga pariti 1.000 berbanding US dolar susulan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Presiden ECB, Christine Lagarde berkata ia akan mengambil lebih daripada dua mesyuarat tetapi kurang daripada lima untuk mereka menamatkan kenaikan kadar faedah, yang meletakkannya di tahap neutral.

Walaupun begitu, beliau menolak kemungkinan bahawa mereka bakal melaksanakan satu lagi kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat akan datang, mengatakan ia bukan satu norma untuk melakukannya.

Sementara itu di UK, khabar duka mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II menghiasi pasaran kewangan menjelang hujung minggu.

Bagaimanapun, berita tersebut dilihat kurang memberi impak kepada mata wang pound yang mempamerkan peningkatan pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat