Eh! Dah Boleh Shopping Guna Telegram Ke?

302

Menurut pengasas kelahiran Rusia, Pavel Durov, aplikasi Telegram akan melancarkan perkhidmatan pembayaran pada tahun 2021. Hal ini demikian kerana syarikat yang berkembang itu didakwa memerlukan sekurang-kurangnya beberapa ratus juta dolar setiap tahun.

Di samping itu, aplikasi berkenaan dikhabarkan akan mula menjana pendapatan, mulai tahun depan.Tambahnya lagi, mereka akan melancarkan banyak ciri baru dan mengalu-alukan berbilion pengguna baru.

Di samping itu, Durov mendedahkan bahawa beliau tidak merancang untuk menjual syarikat itu. Oleh yang demikian, syarikat tersebut perlu mencari cara lain untuk mendapatkan dana.

Untuk pengetahuan semua, Telegram adalah platform media sosial yang popular di beberapa buah negara, terutama di bekas Kesatuan Soviet dan Iran, dan digunakan untuk komunikasi peribadi dan berkongsi maklumat serta berita. Tambahan daripada itu, syarikat itu telah menarik hampir 500 juta pengguna aktif sejak dilancarkan oleh Durov dan adiknya Nikolai pada tahun 2013.

Sejak penubuhan Telegram, beliau mendedahkan bahawa beliau membayar perbelanjaan syarikat dari simpanan peribadinya. Namun, dengan kadar pertumbuhan sekarang Telegram berada di landasan tepat untuk menjangkau jutaan pengguna dan memerlukan dana yang sesuai.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat