Eh! Dah Kenapa EUR/USD Terjun Sampai 100 Pips Awal Minggu?

210

US dolar dilihat mengekalkan momentum pengukuhan di awal minggu ini setelah isyarat awal telah dipaparkan pada penutup dagangan penghujung minggu lalu.

Memberi sokongan terhadap pengukuhan US dolar, sentimen pasaran kembali dinilai berisiko (risk-off) susulan terbitan data ekonomi China pada sesi Asia Isnin semalam yang merosot berbanding jangkaan untuk meningkat.

Justeru, situasi yang memberi kelebihan terhadap mata wang safe-haven termasuk US dolar ini telah kembali meningkatkan tekanan terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Euro antara yang terkesan dengan pengukuhan US dolar di samping pelabur berwaspada memerhatikan perkembangan perjanjian nuklear Iran yang ingin dikembalikan semula oleh Kesatuan Eropah (EU) di tengah-tengah krisis tenaga yang berlarutan di Eropah.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah menunjukkan penurunan harian lebih 100 pips pada awal minggu semalam ekoran pengukuhan US dolar.

Harga telah susut melepasi paras sokongan awal di 1.02400 sehingga ke paras sokongan 1.0600 sebelum harga mendatar di sekitar tersebut di penghujung sesi New York bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan dengan pergerakan harga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi indikasi untuk trend bearish buat harga.

Harga yang melanjutkan penurunan lebih rendah dilihat akan menguji pula paras tumpuan pada 1.01000 untuk catatkan paras terendah terbaru mengatasi minggu lalu.

Untuk penurunan lebih rendah meneruskan pergerakan trend bearish, zon support pada 1.0000 dilihat akan menjadi tumpuan utama untui diuji harga.

Sebaliknya jika berjaya paparkan lantunan semula, rintangan awal yang dilihat bakal diuji adalah pada 1.02400.

Kenaikan yang diteruskan melepasi rintangan tersebut dan melepasi paras halangan MA50 akan mencetuskan jangkaan awal bagi perubahan trend harga.

Hagra bakal menuju ke paras 1.03000 pada corak kenaikan yang diteruskan sebelum paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu bakal dicabar semula untuk catatan paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat