Jangkaan untuk trend bearish bakal bermula pada carta GBP/USD meleset apabila harga kembali pamerkan pengukuhan semula.
Beberapa faktor yang sedikit mengganggu pengukuhan US dolar seperti sentimen risk-on pasaran serta data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) yang menurun, telah memberi ruang untuk mata wang Pound kembali catat peningkatan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-lemah-semula-1
Sepertimana yang pelabur sedia maklum, kedua-dua mata wang Pound dan US dolar dijangka untuk pamer aksi cemerlang pada tahun ini berikutan bank pusat England dan Federal Reserve (Fed) masing-masing sudah beralih ke fasa pengetatan dasar monetari mereka.
Justeru, momentum US dolar yang agak terganggu semalam telah mendorong Pound melonjakkan semula harga untuk catatkan paras ketinggian terbaru pada carta GBP/USD.
Pelabur akan memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan ADP NFP malam ini yang mengukur sektor pekerjaan swasta AS dan turut memberi petunjuk pada laporan NFP pada penghujung minggu.
Kenaikan harga jika diteruskan akan cuba untuk menembus rintangan 1.35700 sebelum menuju pula ke paras ketinggian seterusnya pada sasaran 1.36500.
Namun jika harga kembali menjunam semula, paras 1.35000 dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang ditembusi akan memberi isyarat untuk memulakan kembali trend bearish seperti di awal minggu.
Penurunan harga dilihat akan menuju paras 1.34000 dan juga zon RBS (resistance become support) pada 1.33600.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG