Eh? Ingatkan Harga Minyak Dah Naik, Rupanya Jatuh Balik

133

Harga minyak kembali diniagakan di lautan merah pada pembukaan dagangan awal minggu di tengah-tengah kebimbangan terhadap kenaikan agresif kadar faedah Federal Reserve (Fed) akan mendorong kemelesetan dan melemahkan permintaan global.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan pada $89 setong manakala dagangan minyak Brent diniagakan lebih rendah pada $95 setong.

Kedua-dua penanda aras gagal menutup dagangan dengan lebih tinggi pada minggu lalu, mengekalkan kerugian kira-kira 1.5% berikutan US dolar yang kuat dan kebimbangan terhadap permintaan.

Penganalisis berpandangan bahawa pelabur bimbang bahawa langkah agresif oleh bank pusat AS akan menyebabkan kelembapan ekonomi dan melemahkan permintaan bahan bakar.

Situasi di China turut mempengaruhi prospek yang lemah terhadap permintaan, di mana wilayah Sichuan mengehadkan pemotongan kuasa industri dan mengaktifkan tindak balas kecemasan tertingginya pada hari Ahad.

Langkah China untuk menangani kekurangan elektrik telah mengancam aktiviti pembuatan di ekonomi gergasi kedua dunia itu.

Sementara itu, pelabur akan memberi tumpuan penuh kepada kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell di simposium ekonomi tahunan Jackson Hole di Wyoming yang akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat