EIA: Bekalan Minyak US Naik 5.9 Juta Tong Minggu Lalu

89

Laporan terkini bekalan minyak US daripada Energy Information Administration (EIA) semalam merekodkan kenaikan 5.9 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 8 September lalu, diikuti dengan kenaikan 4.6 juta tong minggu sebelumnya.

Penganalisis pasaran hanya menjangkakan kenaikan 4.0 juta tong, walaupun impak daripada taufan Harvey terus menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran minyak.

Bekalan minyak mentah naik kepada jumlah 468.2 juta tong, walaupun pada bacaan tahun ke tahun jatuh 2.5%.

Pengeluaran minyak domestik pula pulih dengan lonjakan sebanyak 6.5%, bersamaan 9.35 juta tong sehari, selepas pengeluaran jatuh 7.9% pada minggu sebelumnya berikutan  penapisan minyak mula beroperasi secara beransur-ansur selepas ribut Harvey. Walau bagaimanapun, bacaan tahunan masih menunjukkan peningkatan 10% pada pengeluaran.

Bekalan gasolin jatuh 8.4 juta tong pada minggu lalu, dengan penurunan tahun ke tahun 4.4%, dan hasil sulingan turun 3.2 juta tong dengan kejatuhan paras tahun ke tahun sebanyak 11.2%

Kapisiti kilang penapisan jatuh 2.0% pada minggu lalu berikutan impak penutupan masih berterusan selepas banjir besar merosakkan sebahagian besar kawasan walaupun pasaran menjangkakan kapasiti akan pulih secara beransur-ansur.

Penurunan bekalan gasolin menjadi salah satu potensi yang menyokong harga minyak kerana turut diimbangi dengan jangkaan kenaikan pada pengeluaran dan bekalan minyak.

From around $48.75 p/b ahead of the data, prices edged higher although the overall reaction was limited given a very mixed report and there was no net change in prices.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat