Ekonomi Amerika Syarikat Berada Dalam Keadaan Membimbangkan! Kedudukan Trump Terancam!

550

Ketua ekonomi Allianz berpendapat ekonomi A.S terdapat kemungkinan mengelami penguncupan peratusan sebanyak dua digit pada tahun 2020 berikutan wabak Covid-19. Analisis yang diutarakan oleh Mohamed El Erian ini menjangkakan penguncupan yang lebih tinggi daripada kebanyakkan ahli ekonomi.

Menurut beliau, ekonomi A.S mungkin akan menguncup antara 10% hingga 14%. El-Erian berpendapat bahaa ekonomi akan mula terkesan dengan krisis kesihatan dan ini bermaksud kerangka kerja yang digunakan untuk menjana ekonomi sebelum ini berkemungkinan tidak berkesan untuk diaplikasikan, secara tidak langsung bakal menghambat pemulihan ekonomi. Beliau menyatakan walaupunharga minyak yang lebih rendah akan meningkatkan simpanan wang pengguna namun hal itu tidak begitu berfungsi dalam ekonomi ini.

Rata-rata anggaran oleh pakar ekonomi pada minggu lalu menunjukkan sekitar 4% penurunan KDNK A.S pada tahun ini. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengatakan pada minggu lalu bahawa ekonomi A.S boleh menyusut 5.9% pada tahun 2020. IMF mengatakan dunia berkemungkinan besar akan mengalami kemelesetan ekonomi yang paling teruk sejak Kemelesetan Ekonomi 1930an.

Walaubagaimanapun beliau dalam masa yang sama menekankan bahawa ramalan hanyalah ramalan, ia boleh tepat dan boleh juga tidak.

Setakat ini A.S telah mencatat sebanyak 755,000 kes jangkitan positif dan lebih 40,000 kematian telah tercatat akibat jangkitan Covid-19. Proses pemulihan ekonomi selepas wabak ini dijangka akan lebih mencabar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat