Ekonomi AS ‘Kecewakan’ Harapan Pelabur, Emas Tak Berdaya Tawan Posisi Atas $2,350!

529

Emas susut lebih rendah ke sekitar kawasan $2,320 selepas berundur daripada paras tertinggi dua minggu sekitar $2,368 semasa sesi awal dagangan Asia minggu ini.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS yang lebih kukuh daripada jangkaan pada Jumaat lepas telah memberi ‘harapan palsu’ buat para pelabur logam kuning tersebut.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,325.59 iaitu naik sebanyak 0.16% sejak ia dibuka pada awal pagi sesi dagangan Asia.

Buat masa ini, bacaan akhir laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) AS akan menjadi perhatian minggu ini.

Sejak Jun, data ekonomi AS terus menunjukkan isyarat bercampur-campur. S&P Global baru-baru ini menunjukkan bahawa PMI komposit AS naik daripada jangkaan kepada 54.6 daripada 54.5 semasa Mei.

PMI Pembuatan pula meningkat kepada 51.7 pada Jun daripada 51.3 untuk Mei mengatasi anggaran 51.0. Manakala, PMI Perkhidmatan meningkat kepada 55.1 daripada 54.8 melebihi konsensus pada 53.7.

Selain itu, beberapa pegawai Fed menolak ramalan pemotongan kadar faedah pertama pada tahun ini.

Presiden Fed Richmond, Tom Barkin berkata minggu lepas bahawa bank pusat berada pada kedudukan baik dengan situasi ekonomi terkini. Namun, mereka tetap perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan pada data-data ekonomi akan datang.

Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari berkata mereka perlu mengambil masa satu atau dua tahun untuk mendapatkan semula inflasi kepada 2%.

Data ekonomi AS yang lebih kukuh dan hawkish oleh Fed akan terus menyokong kedudukan mata wang dolar AS dan melemahkan pergerakan emas. Kadar faedah yang lebih tinggi secara amnya mempengaruhi harga emas kerana ia meningkatkan kos peluang untuk pemegang.

Melihat ke arah konflik geopolitik, Setiausaha Agung PBB berkata pada Ahad bahawa perang besar-besaran antara Israel dan Hizbullah akan terus menjadi malapetaka.

Beberapa kanak-kanak dan wanita Palestin terbunuh dan cedera pada hujung minggu dalam serangan udara Israel yang menyasarkan dua rumah di Bandar Gaza.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat