Ekonomi AS Lemah, Pelabur Berlari Dapatkan Emas!

2,853

Logam kuning emas terus meningkat lebih tinggi selepas disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang tanpa dijangka menguncup untuk suku kedua berturut-turut.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan mengukuh pada paras ketinggian tiga minggu $1,753 per auns, manakala niaga hadapan emas emas pula positif pada $1,752 per auns.

Bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilaporkan merosot 0.9% pada suku kedua daripada penguncupan 1.6% yang dicatatkan pada suku pertama dan meleset daripada jangkaan untuk meningkat 0.4%.

Ini secara tidak langsung menunjukkan penurunan berterusan dalam aktiviti ekonomi seterusnya mengukuhkan permintaan untuk safe-haven.

Turut menyokong pengukuhan harga adalah kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengatakan kemungkinan untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedah.

Kenyataan kurang hawkish ini telah menjejaskan dagangan US dolar dan hasil bon AS, yang memberi manfaat buat logam berharga emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat