Ekonomi Australia Dijangka Akan Berkembang Pada Kadar Sederhana

58

Berdasarkan laporan oleh IMF, ekonomi Australia dijangka akan berkembang dengan kadar sederhana berikutan pertumbuhan kadar pendapatan yang lemah, diramalkan akan memberi kesan pada penggunaan domestik. Hal ini berkemungkinan akan menyebabkan negara tersebut memerlukan rangsangan polisi monetari dan fiskal.

Pada ketika ini bank pusat Australia, Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah pada 1.50%  dan kadar inflasi masih dibawah sasaran iaitu 2-3%.

Berdasarkan laporan awal bulan November,  terdapat peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 3700 pekerjaan pada bulan Oktober. Namun penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 17,500 pekerjaan. Kadar pengangguran jatuh 0.1% kepada 5.4% berbanding bacaan jangkaan yang mensasarkan kejatuhan kepada 5.6%.

Walaupun peluang pekerjaan bertambah, namun pertumbuhan pendapatan masih mencatat bacaan yang rendah. Tambahan pula data kadar inflasi dan perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat.

RBA menjangkakan pertumbuhan ekonomi GDP bagi 3 tahun akan datang tidak akan banyak berubah. Perutumbuhan GDP disasarkan akan bertumbuh pada kadar 2.5% pada tahun 2017, 3.25% pada tahun 2018, dan 3.25% pada tahun 2019.

Menurut IMF, negara tersebut harus terus memberi dukungan polisi makroekonomi bagi mencapai pertumbuhan pemintaan domestik yang kukuh dan inflasi sasaran. Justeru perlaksanaan monetari polisi harus tertumpu pada pengukuhan permintaan domestik dan inflasi.

IMF percaya bahawa ekonomi GDP Australia yang dijangka akan berkembang melebihi $1.3 trillion, berikutan dukungan oleh perbelanjaan kerajaan terutama dalam sektor infrastruktur.

Penjanaan dalam infrastruktur akan menarik lebih banyak pelaburan swasta. Menurut salah satu laporan, kerajaan berkemungkinan menambah perbelanjaan infrastruktur melebihi peruntukan semasa.

Peningkatan dalam pelaburan dijangka akan meningkatkan lagi perhubungan perdagangan dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat