Ekonomi Australia Dijangka Kekal Lemah Sehingga September – RBA

297

Reserve Bank of Australia (RBA) menjangkakan ekonomi Australia mengalami kejatuhan ketara pada suku kedua sehingga Jun dan kekal lemah sehingga bulan September disebabkan penutupan ekonomi bagi membendung penularan coronavirus, sekali gus meningkatkan tekanan kepada perniagaan da nisi rumah.

Laporan minit mesyuarat bagi bulan April yang diterbitkan pagi ini menunjukkan ahli mesyuarat bersetuju terhadap langkah sokongan pendapatan seperti program JobKeeper akan membantu mengurangkan kesan COVID-19 terhadap isi rumah, walaupun keadaan perniagaan dan pelaburan semakin merosot.

Walau bagaimanapun, pakej rangsangan dikatakan mungkin tidak dapat memberikan sokongan yang kuat kepada perbelanjaan dalam waktu terdekat memandangkan penutupan aktiviti ekonomi masih berjalan.

Pasaran kini menantikan ucapan Gabenor RBA, Philip Lowe untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi dan pandangan terhadap polisi monetari semasa.

Pada 7 April, bank pusat memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada paras terendah 0.25% dan menetapkan sasaran sebanyak 25 mata asas pada hasil bon kerajaan Australia tiga tahun.

Ahli mesyuarat RBA mengatakan program JobKeeper dan beberapa langkah rangsangan lain diharapkan dapat menyokong pasaran pekerjaan Australia, walaupun pendapatan isi rumah dijangka jatuh lebih rendah.

Selain itu, ahli mesyuarat turut berbincang mengenai penangguhan dan pembatalan rancangan pelaburan perniagaan. Penggunaan isi rumah juga dijangka menurun dan eksport perkhidmatan turut terkesan selama beberapa bulan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat