Ekonomi Australia Lebih Baik Dari Jangkaan, AUD Hapuskan Kerugian!

174

Ekonomi Australia mencatatkan penguncupan lebih kecil daripada yang diramalkan pada suku ketiga, sekali gus menunjukkan bahawa kesan yang disebabkan penutupan Covid-19 tidak seperti yang dibimbangkan pada awalnya.

Menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Australia (ABS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 1.9% pada suku ketiga, berbanding jangkaan untuk penguncupan lebih besar sebanyak 2.7%.

Penguncupan ini juga menunjukkan kesan yang jelas daripada penutupan coronavirus yang dilaksanakan di New South Wales dan Victoria pada keseluruhan suku September.

Sekatan tersebut dicerminkan dalam kejatuhan 4.8% dalam perbelanjaan penggunaan isi rumah dan kemerosotan 5.8% perbelanjaan perkhidmatan yang tertumpu pada perhotelan, rekreasi dan budaya serta pengangkutan.

Sementara itu, kadar pertumbuhan KDNK tahunan pula berkembang 3.9% daripada 9.6% pada suku kedua dan sekali lagi menewaskan ramalan sebanyak 3.0%.

Ekoran daripada data yang lebih baik daripada dijangkakan ini, dolar Aussie kembali mendaki dengan menghapuskan hampir semua kerugian yang dicatatkan pada sesi sebelum ini susulan lonjakan US dolar.

Pada sesi Asia, mata wang antipodean itu diniagakan meningkat pada sekitar harga 0.71600 berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat