Ekonomi Australia Rupanya Masih Kukuh, Makin ‘Galak’ La RBA Nanti

203

Ekonomi Australia berkembang lebih kukuh pada suku kedua tahun ini dengan sokongan daripada perbelanjaan pengguna yang berterusan dan pengukuhan dalam eksport tenaga.

Biro Perangkaan Australia (ABS) pada hari Rabu melaporkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Australia menepati ramalan dengan meningkat 0.9% pada suku kedua setelah mencatat pertumbuhan 0.7% pada suku pertama.

Sementara pertumbuhan tahunan pula meningkat kepada 3.6% susulan pengukuhan dalam pasaran buruh menyokong pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.

Pengukuhan yang dicatatkan ini dilihat akan menguatkan lagi alasan untuk Reserve Bank of Australia (RBA) meneruskan pengetatan yang lebih agresif untuk mengekang inflasi yang berterusan.

Bank pusat itu telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.35% pada Selasa, dengan memberi indikasi langkah selanjutnya akan ditentukan oleh data yang masuk.

Ekonomi telah mendapat manfaat daripada rangsangan A$2.2 trilion yang melonjakkan perbelanjaan pengguna ketika pandemik. Harga eksport tenaga yang tinggi susulan perang Rusia ke atas Ukraine juga memberi sokongan kepada ekonomi negara itu untuk berkembang lebih kukuh.

Australia merupakan pengeksport arang batu terbesar di dunia yang menyumbang lebih separuh daripada eksport tenaga negara itu. Ia juga salah satu pengeluar utama uranium dunia dan menduduki tempat keenam untuk eskport gas asli cecair (LNG).

Walaupun bacaan data KDNK yang dicatatkan memberangsangkan, namun dolar Aussie gagal memanfaatkan peluang ini untuk meningkat. Sebaliknya, ia merosot lebih rendah, ditekan oleh US dolar yang jauh lebih kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat