Ekonomi Australia dinilai Dalam Keadaan Stabil!

72

Aussie kembali stabil setelah kajian ekonomi terkini oleh RBA dan data jualan runcit dikeluarkan. Pasaran juga sedang memberi tumpuan kepada data pekerjaan Amerika Syarikat (NFP) dan hari yang tidak menentu menjelang pilihanraya presiden Amerika Syarikat minggu depan.

AUD/USD didagangkan meningkat sebanyak 0.07% dalam sesi Asia, manakala USD/JPY menurun 0.04%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Dalam masa yang sama, GBP/USD dinilai pada 1.2464. Pada hari Khamis, Mahkamah Tinggi UK memutuskan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan Artikel 50 bagi urusan  keluar dari EU tanpa kebenaran parlimen. Kenyataan ini telah menolak Pound ke paras yang lebih tinggi sejurus selepas kenyataan tersebut dikeluarkan.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Reserve Bank of Australia, hari ini melaporkan akan memberi tumpuan kepada sasaran inflasi jangka sederhana dan pertumbuhan dalam menilai pendirian kadar tunai pada mesyuarat November dan bakal menentukan sama ada ia sesuai atau tidak.

Selain itu, RBA turut berkata bahawa pertumbuhan KDNK dan inflasi tidak banyak berubah berbanding bulan Ogos.

Data jualan runcit di Australia juga memberi kelegaan kepada pasaran apabila dilaporkan meningkat sebanyak 0.6%.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 97.19.

Pada hari ini, NFP yang juga tumpuan utama minggu ini bakal dikeluarkan. Data ini juga penting kerana bakal menyokong atau melemahkan jangkaan semasa bagi kenaikan kadar oleh Fed. Pasaran menjangkakan sebanyak 71.5% untuk kenaikan kadar bagi bulan Disember nanti.

Semalam, US Dollar didagang sederhana kerana ketidaktentuan pasaran menjelang pilihan raya presiden dan data NFP pada hari ini.

 

Zon EU Masih Berdepan Risiko : ECB 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat