Ekonomi Bertambah Baik Ke? Aset Berisiko Rali 2 Sesi Berturut-Turut

107

Laporan korporat Goldman Sachs yang agak baik meredakan kebimbangan kesan kenaikan kadar faedah terhadap keuntungan, seterusnya memacu ekuiti untuk meneruskan kenaikan semalam.

Sungguhpun begitu, bon hasil kerajaan yang turut sama meningkat mengehadkan keuntungan berganda dalam pasaran Wall Street.

Mencerap laporan Goldman Sachs, ia mencatat sedikit penurunan keuntungan pada suku ke-3 ekoran kelembapan dalam perbankan pelaburan namum disokong lonjakan pada pendapatan faedah bersih untuk raih penutupan positif 2.5%.

Mengulas laporan itu adalah David Sadkin dari Bel Air Investment Advisors dengan mengatakan pasaran boleh menarik nafas lega sedikit walaupun laporan tersebut menunjukkan penurunan.

Namun, beliau merasakan rali yang berlaku ini tidak akan berkekalan kerana kitaran pengetatan oleh Federal Reserve (Fed) masih berterusan akan memberi kesan kepada laporan korporat syarikat-syarikat lain.

Ketika sesi penutupan Wall Street semalam menyaksikan Dow Jones Industrial naik 1.12% pada 30,523.8 sementara S&P 500 capai 1.14% pada 3,719.98 dan Nasdaq Composite canak 0.90% pada 10,772.40.

Indeks STOXX 600 naik 0.34% dengan tolok MSCI saham seluruh global raih 1.13%.

Pembukaan dagangan Asia memperlihatkan Nikkei 225 Jepun tambah 0.42%, Topix capai 0.3%, Kospi Korea Selatan lonjak 0.14% dan Kosdaq naik 0.43%.

Di Australia pula indeks S&P/ASX 200 tambah 0.32% dan tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun dibuka tinggi.

Ringkasan hasil Perbendaharaan menyaksikan penanda aras nota 10 tahun berlegar pada 3.9922% dari 4.015% sementara bon 30 tahun naik 1/32 dalam harga kepada hasil 4.0142% dari 4.015%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat