Ekonomi China Lemah Resahkan Xi Jinping, Ini Janji Terbarunya!

242

Sentimen pasaran bertambah baik pada sesi Asia susulan laporan mengenai China akan menambah sokongan baharu untuk merangsang pemulihan ekonomi.

Terbaharu, pemimpin tertinggi China telah berjanji untuk meningkatkan penggunaan dan menawarkan lebih banyak sokongan untuk sektor hartanah yang bermasalah.

Dipengerusikan oleh Presiden Xi Jinping, badan pembuat keputusan tertinggi Parti Komunis (Politbiro) berkata ia akan melaksanakan dasar “counter cyclical” dan sebahagian besarnya berpegang pada dasar monetari berhemat dan dasar fiskal pro-aktif.

Walaupun tiada pengumuman rangsangan berskala besar, tetapi kenyataan tersebut menunjukkan keazaman yang lebih kukuh mereka terhadap cabaran ekonomi.

Politbiro juga menyedari bahawa negara itu sedang menghadapi kesukaran dan cabaran baharu, yang terutamanya timbul daripada permintaan domestik yang lemah, kesukaran operasi perusahaan serta persekitaran luaran yang suram dan kompleks.

Susulan itu, pemulihan akan diteruskan dengan cara beransur-ansur dalam proses yang berliku-liku. Kerajaan juga dilihat akan memfokuskan kepada membendung risiko yang muncul.

Dalam pada itu, terdapat juga laporan yang mengatakan bank-bank negeri bertindak campur tangan menjual dolar AS untuk mengekang kelemahan mata wang yuan.

Ini secara tidak langsung membantu saham-saham di China meningkat, dan turut mengangkat dagangan dolar Aussie dan New Zealand pada sesi Asia.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat