Ekonomi EU Berhadapan Kemelesetan Ekonomi Yang Besar? Ini Penegasan Christine Lagarde!

516

Ketua Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini yang mendesak para pemimpin Kesatuan Eropah agar segera menyetujui pakej pemulihan dimana pakej pemulihan ini dijangka dapat mendorong kembali ekonomi dengan lebih pantas akibat terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19.

Dalam perbincangan atas talian, Lagarde telah mengarahkan para pemimpin EU agar segara menyelesaikan pelan perancangan pemulihan ekonomi dari kemelesetan yang sedang dihadapi sekarang berikutan langkah perintah berkurung yang diterapkan selama 3 bulan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut Lagarde, Ekonomi EU sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk. Dalam masa yang sama beliau mengatakan bahawa para pemimpin Eropah telah melakukan langkah yang proaktif dan berkesan sehingga ia dapat mendorong ekonomi sedikit sebanyak. Walaubagaimanapun, jika penyampaian dan penerapan pakej penyelamatan ekonomi tersebut tidak disampaikan dengan baik ia akan menyebabkan sentimen positif pasaran berubah.

ECB meramalkan bahawa ekonomi Zon Eropah akan menyusut 13% pada suku kedua berbanding suku pertama dan menguncup 8.7% secara keseluruhan pada tahun 2020 sebelum melonjak sebanyak 5.2% pada tahun 2021.

Lagarde menyatakan bahawa penularan wabak Covid-19 telah memberi impak yang besar terhadap pasaran buruh. Kadar pengangguran kini berada pada 7.3% dan ia boleh meningkat kepada 10%.

Tamsilnya beliau berpendapat pakej pemulihan harus menyeluruh, pantas dan fleksibel. Semakin cepat pakej rangsangan mendapat persetujuan maka semakin baik untuk ekonomi EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat